Sunday 24 March 2013


Entry kali ini penulis akan berkongsi tentang BRAILLE... Mungkin ada yg tahu apakah itu braille dan mungkin ada yang langsung tidak mengetahui apakah itu braille. Jadi, di sini penulis akan berkongsi serba sedikit ilmu penulis yang masih cetek berkenaan braille ini. Meskipun penulis bukanlah seorang yang pakar dalam bidang ini, namun tidak salahkan berkongsi ilmu yang ada...  
Braille ini adalah sejenis sistem tulisan sentuh yang digunakan oleh para tunanetra (orang buta) di mana tulisan itu berupa kod yang terjadi dari 6 titik yang ditonjolkan pada kertas sehingga tulisan itu dapat diraba. Berikut adalah sebahagian simbol braille yang digunakan oleh para tunanetra:




Haa, inilah dia kaedah bacaan yang digunakan oleh para tunanetra. Pembacaan mereka adalah terhad kerana mereka memerlukan buku-buku khas yang dicetak mengikut kod-kod yang disediakan. Oleh itu, kita yang mempunyai penglihatan yang sempurna ini, jagalah anugerah ini sebaik-baiknya, dan manfaatkan penglihatan itu dengan memperbanyakkan membaca bahan-bahan bacaan yang bermanfaat. Rasanya, eloklah kalau kita tahu sejarah penemuan braille ini terlebih dahulu.



LOUIS BRAILLE, dia adalah seorang tunanetra yang berasal dari Perancis dan dia lah yang mencipta huruf braille yang digunakan sehingga kini. Louis Braille dilahirkan pada 04 Januari 1809. Pada awalnya, Louis Braille ini adalah seorang anak lelaki yang sempurna, namun dia telah menjadi buta saat berumur tiga tahun. Ketika berusia 3 tahun, sedang dia bermain di bengkel milik ayahnya, dia mencuba untuk meniru ayahnya untuk membuat lubang di sepotong kulit, alhasil penusuk yang dia gunakan itu menembusi mata kanannya, dan mendapat cedera ringan. Namun, luka itu menjadi infeksi dan sesuatu yang infeksi itu mudah merebak ke mata sebelahnya. Di saat usianya 5 tahun, Louis Braille telah mengalami buta pada kedua-dua matanya. Pada usianya 10 tahun, dia telah dihantar bersekolah di Institution Royale Des Jeunes Aveugles, iaitu sekolah khas bagi anak-anak tunanetra.

Pada tahun 1821, seorang perwira iaitu Kapten Charles Barbier, telah hadir mengunjungi sekolah dengan memperkenalkan 'bahasa sandi' yang biasa digunakan oleh para tentera untuk menyampaikan pesanan rahsia 'night writing'. Bahasa sandi ini berbentuk titik-titik timbul yang dibuat dengan alat menyerupai paku yang disebut 'stylus'. Kemudian stylus ini akan ditusukkan ke kertas tebal yang diletak pada papan kayu, dan ditusukkannya pada satu sisi dari kertas, dan hasilnya akan dibaca pada sisi lain dari kertas tersebut. Sistem penulisan malam ini menggunakan dua belas titik dan sengkang yang timbul mewakili bunyi berlainan. Tanda sengkang memakan banyak ruang dan setiap muka surat hanya dapat diisi dengan satu atau dua ayat. Charles Barbier menunjukkan cara penggunaan tulisan malam di sekolah Louis Braille yang menerimanya sebagai percubaan sahaja. Menurut Kapten Charles Barbier, kaedah ini juga boleh digunakan oleh orang-orang buta kerana titik-titik timbul ini daraba dengan jari-jari mereka. Louis Braille menyedari kebaikan sistem titik timbul dan berusaha untuk memudahkannya.

Ketika bercuti Louis Braille menghabiskan masanya memperbaiki cara penulisan timbul ini. Louis Braille menyedari kelemahan sistem penulisan ini seperti penggunaan asas dua belas titik dan penulisan berasaskan bunyi. Ketika berada dibengkel ayahnya, Louis Braille menyentuh alat penebuk ayahnya dan dia mendapat idea untuk menggunakan alat penebuk yang tumpul untuk membentuk tanda titik timbul di atas kertas. Selepas beberapa bulan berusaha, dia mendapati sistem enam titik timbul sebagai yang terbaik. Kedudukan titik yang berbeza mewakili huruf-huruf yang berbeza.

Nah, inilah dia sejarah penemuan penulisan braille ini. Entri seterusnya, penulis akan memuatkan tentang kaedah bacaan tulisan braille. Nantikan entri seterusnya. Selamat membaca.

No comments:

Post a Comment