Tuesday 19 March 2013



 Hasrat memiliki blog ini bukanlah suatu rasa yang baru timbul dalam benak hati ni, namun ianya kerap disingkirkan dek kerana kekangan masa yang timbul pada semester-semester lepas. Al-maklum lah dinas sebagai seorang pelajar ni padat dengan assignment-assignment yang diberikan (kononnye lah), tapi hakikatnya banyak lagi masa terluang yang habis begitu saja bersama besties tersayang. Biasalah bila kami besties dah berjumpa memang tak cukup lah 24 jam tu untuk berceloteh, ada saja persoalan, permainan, pergelutan yang timbul, tapi itu semua hanyalah senda gurau yang sama sekali tidak menjejaskan keakraban kami ini. Penulis sangat bersyukur dan menghargai kehadiran mereka ini dalam diri penulis. Mereka inilah pelengkap, pemberi, pembakar, dan penyumbang semangat dalam diri penulis yang serba kekurangan ini. Namun syukur yang tidak terhingga di atas pertemuan ini, tapi kata pepatah setiap pertemuan itu pasti ada perpisahan. Ya, absolutely. Namun janganlah perpisahan itu terjadi disebabkan pertelingkahan yang timbul dari kontroversi-kontroversi yang terjadi, biarlah hubungan ini hanya dipisah oleh ajal. Harapan penulis agar kami beroleh kejayaan yang cemerlang dalam mengejar tempoh graduasi yang hampir tiba. Semoga di beberapa sem terakhir ini, kejayaan akan terus mengiringi kami.

"Sahabat itu bukanlah hanya ketika mereka di depan mata, tapi sahabat itu selamanya meskipun berjauhan dan kurangnya komunikasi, kerana interaksi itu terus mengalir di dalam doanya".

~ Sahabat till jannah ~
Anyway, penulis sangat excited menulis sehingga tidak sedar jam dah menunjukkan pukul 3.15 pagi. Alamakkk esok ada kelas pukul 8 pagi lah. Ok lah setakat ini dulu first entry penulis. Salam pertemuan buat semua.

No comments:

Post a Comment